Wednesday 4 December 2013

STRANGERS.

hai korang .
sihat?
ah gaya ada org baca -.-
perasan sekali lagi ateen nie. hahaa

pernah face tak situation?
kawan baik jadi strangers?
couple jadi strangers?
drp suke share everything , jadi tak kenal each other.
jadi salu contact each other , jadi taknak tahu pasal each other.
PERNAH?
kena alami.
sbb benda tu akan kuatkan kita.

Second chance.
tak semua bertuah nak dpt benda tu.
serius sembang.
sape bertuah tu , sila buat sujud syukur! 
korang dpt balik org yg korg syg even chance korg nak dptkan dia sgt sikit.
hello bertuah sgt!!

kawan baik jadi strangers?
sangat tidak kelakar.
tatau nak gelak pada point yg mana sbb mmg tak kelakar.
jgn la gelak. serius aa sikit.
this thing is normal.
friends do come and go.
bestfriend? come and leave us with a footprint on our heart.
that's the saddest part.
ada cop mohor dorg kat hati kita.
HAHA.
eventhough kite buat salah , kau takkan mmpu anggap kawan baik as kawanbiasa.
even korg act mcm tak kenal.
eleh mcm takpernah kenal HAHA.
padahal ? dlm hati?
ha kau. rindu dendam *aku ckp pasal aku,

sakit.
lagi sakit sbb kau yg buat taik.
tapi jgn menyesal.
sbb life kan, mana ada arahan .
nak main life nie . kau kena kalah byk kali.
kena jatuh byk kali.
baru kau boleh survive and menang.
life nie game dia sgt thrill.

normal org mai and pi dlm hidup hang.
NORMAL.
yee tahu sakit. sbbb rindu and teringat?
tapi diamkan laa perasaan tu.
takot kite rasa sorg2, tak ke malu?

aku mmg ego.
sgt ego.
tapi kau tak tahu cemana airmata aku jatuh bile tgk gambar lama kita.
kau tak tahu and takkan tahu. 
sbb lakonan aku dpn kau tiptop.

Sunday 1 December 2013

Proses hidup.

Hidup nie thrill .
sbb kau takkan tahu apa akan jadi dkt kau,
ye laaa.
kecik kecik comel je muke.
suci jeeee.
bilaaa proses nak matang tu mai , mcm mcm perangai kau buat.
mcm mcm style kau try.
untuk puaskan hati .

Kau akan pandai listkan perangai org bila kau dh bukak mata untuk kenal manusia.
Lg2 org yg kau syg.
baik buruk dia kau akan tahu.
kau boleh aaa handle perangai org .
cume satu je.
kau tahu ke perangai kau?
neeh.
kite takkan dpt judge diri kite sendiri.
sure ada ayat nak sedapkan hati untuk tunjuk kt dpn cermin tu 
'eh aku baik laaaa, aku buat cmtu bersebab'

org yg rpt dgn kau akan nampak true colour kau.
tau fake smile kau.
tahu ngs kau.
org yg sygkan kau.
org yg rpt dgn kau.
diorg akan tahu.

true colour nie susah sikit nak keluar.
sbb bukan semua sanggup , redha , pasrah nak terima HAHA.
biasalah manusia. kdg kdg nak kena jaga hati dorg je.
ate hati kite dh terabak habis sape nak jaga?!
huh!

sbb tu sometimes kena tunjuk jahat kite kat org.
tgk apa judge dorang.
tgk ape komen dorg.
perlian dorg.
then you knw laa who are they to you :)
simple kan?

Boleh jadi gila tau otak nie kalau nak pikir ape yg org pikir psl kite.
ye aa , buruk kite mmg org akan nampak.
baik?
tak semua nampak.
well relaks laa.
manusia skrg lagi suke menghakimi drp menanya.
apa la salahnya tanya dlu?
tanyaa.
itu kan kain dia, tanya aaaa kan dia.
asal kau nak carik kain dia gak?
padahal kain kau dh rabak hbs?
typical melayu.

aku tahu rasa dihakimi.
aku tahu sakitnyaaaa perlian.
aku tahu .
tapi aku pernah rasa syukurnyaaaaa ada kwn yg sanggup terima baik jahat aku,
syukur nie takleh keluar melalui kata kata.
kite je rasa.
and Dia tahu itu.

bukan semua suka kite cemana kite suka dorg,
bukan semua boleh syg kite balik , walaupun kite dh tukar ceritaa.
bukan semua boleh hargai kite cemana kite hargai dorg.
mata manusia. 
pandangan kasar je.


Tuesday 12 November 2013

Herz.

Otak semua sama size kan?
Paru paru pun sama , beza warna je.
Rambut kalau nak kata sama hitam tu , ada juga yg perang.
Hati sama merah , pam darah sama.
Anggota badan semua Dia kasi ckup , yg mana Dia ambik balik , itu hak Dia,

'Manusia semua pandai , takda yg bodoh'
bodoh bukan based on ilmu .
kebodohan akan obviously trang tang tang keluar bila kau menangkan emosi kau.
di situ sisi bodoh kau akan keluar.
it's like macam 'hey di sini la aku jadi bodoh'

'Rambut sama sama hitam , tapi hati sapa yg tahu kan?'
rambut skrg pun mcm mcm warna , jadi mcm mana nak tahu soal hati?
kalau nak dirobek fungsi hati nie , sampai 7 malam tak habis.
sbb kite dh banyak dera dia.
terlalu banyak dera hati .

Manusia skrg.
lagi takotkan makian manusia drp azab Allah.
lagi suka cahaya manusia drp cahaya Illahi.
ye nama NUR itu bermaksud cahaya.
tapi cahaya mana kau nak?
cahaya dlm diri seseorang?
atau pun drp Dia?

Bahagia tu susah nak dicari.
Hati bahagia lagi susah nak dapat.
kejar la benda tu.
lupekan semua yg hitam.
kejar yg putih.


Sunday 3 November 2013

My two cent

Manusia sekarang .
Deep dorang lain mcm.
Semuanya nak diberitahu satu dunia. 
Perihal putus cinta.
Perihal makanan.
HAHA aku pun sama.

Manusia skrg juga sng menjadi prejudice.
Dimana hanya dgn tgk gambar , berkilo comment timbul.
Boleh dibilang yg menanya.
Tak terbilang yg meneka.

Ada org ckp 
'rupe tak penting kalau hati dah baik'
ayat tu boleh digunakan pada dunia dlu.
dunia skrg.
yg hanya tgk luaran.
yg hanya suke judge luaran.
yes , akan tgk luaran. baru tgk hati.
aah dunia pelik skrg.
dunia selepas mati nanti agak agak cemana? :)

Ada juga orang yg suke men-drop-ing orang .
HAHA .
 best kan kot? membahan orang? eh bahan dgn jatuhkan airmuke dia?
bahan yg paling menusuk kalbu bile org bahan masa lalu kite.
okay once org dh PERLI masa lalu and gelakkan kite. 
that time , prepare ur siku and kepala lutut HAHA. 
org camnie , tak kisah laa level agama dia tinggi drp kau ke tak.
pleasee kasi seround dua.
Allah selalu kasi kite peluang untuk start all over again.
yg menyusahkan kite untuk buat benda tu , sbb ini lah. MULUT ORANG.
yg kononnya lawak tapi bro, itu lawak lahanat.

Tapi kalau kau boleh sabar , sabar.
biasalah saitan suruh dia semburkan ayat hina tu dkt kau.
telan , telan smpai lumat biarpun pahit kalah ubat .
satu masa nanti ayat nie akan termuntah dkt org tu jugak.
and kau sendiri mungkin bernasib baik?
dpt tgk persembahan itu.

Manusia skrg pun suke menunjuk kekayaan diri.
wah baju guess.
seluar levi's
kasut dM.
hm mahal siot. 
neeh, bukan boleh bawak kubor.
kadang-2 orang yg pakai selipar jamban tu, baki wadihasa bank dia 10million.
who knew's?
kite je over-ver dress up HAHA.
padahal duit PAMA gak tlg part time.
sebelum nak rendahkan orang .
please remind kat otak yg comel tu ,
maybe org yg kau nak rendahkan tu , ada senjata lg hebat drp kau.
dia diam. 
tapi one day kalau dia tunjuk senjata dia, kau pengsan dulu sebelum ditembak.
dia diam sbb tunggu right timing je nak target kau.
so beware la sayang .

Monday 28 October 2013

Test from Him

Every human being in this earth will be tested by God.
yeah .
It's a must .
Every challenged from Him , has a reason behind it.
He can see the things that we can't

As long as you been called as 'manusia' 
you will be tested by Him :)

Some people will be test by wealth :) 
Some people will be test by healthy problem.
Some people might lose someone they love most.
You rich , doesn't mean you are fine.
God is testing you will all the 'kekayaan'
He wanna see whether you still remember Him when you are rich.

My situation now ,
He tested me with make me sick :)
i know He love me :)
Dia nak gugurkan dosa kecik aku :)
ya Allah , aku redha. aku terima . aku sayang kau ya Allah.
Sakit tu jangan la ditanya :)
Sakit sangat.
Air mata jatuh kerana tahan sakit.
Ya itu la harga dosa aku :)
Sakit nye nak gugurkan nya.

Rahim bengkak.
Sungguh ya Allah .
aku tak pernah sangka and terpikir aku boleh ada benda nie :)
tapi aku redha and terima.
sbb benda nie disbbkan salah aku sendiri.
stress and tak jaga makan .
aku terlupe nak menjaga amanahMu , badan ku nie pinjaman je.
aku terlupa yang tu

Kuatkan aku balik ya Allah.
aku benci org risaukan aku.
sdgkan aku sendiri risau nak mati untuk diri sendiri.
aku benci ngadu.
tapi sakit sangat.
kuatkan hati aku ya Allah.


Sunday 20 October 2013

NAKAL .

Semua orang ada nakal dia kan?
alaa ponteng kelas , ponteng sekolah .
buli junior suruh beli air , gaduh gaduh manja kat sekolah 
gig , kawan dgn lelaki .
ITU BUKAN JAHAT TAU? 
itu NAKAL .

apa baiknya kite nak jatuhkan satu hukum dkt org?
sedangkan kita pun ada sisi hitam kite?
kalau org tuh penipu sekalipun , apa hak kite nak jatuhkan air muke dia?
konon nak bahan tapi tak sedar lawak tu tak lawak pun.

Aku nakal.
dulu.
biasalah. dulu freehair ye dak?
semua benda nak cuba . aip ! bukan benda harem k aku cuba.
kirenya mcm gig , ponteng monteng tu aku pernah laaaa buat.
buli junior beli air tu aku selalu buat. sekolah covent kan? nak buli acane lagi? =='
naik motor takde lesen , pernah buat .
 Even sampai skrg nakal tu masih berbaki. biasalh umur je 20. 
perangai nak budak budak lagi HAHAA
bila kite makin meningkat umur , nafsu nak jadi budak2 lagi menebal. serious sembang..

Jadi nakal best! kau takda la culture shock nanti. sbb kau pernah tgk buat benda tu.
jadi nakal best ! sbb pengalaman hidup kau tu akan jadi mahal and kau boleh cerita dkt anak kau and kau sendiri boleh jd bukti untuk anak kau kalau anak kau nak jadi nakal gak.

Sakitnya jadi nakal nie bile org yg dekat dgn kita pandang kite sebelah mata. jd prejudice.
Dah lama aku rasa benda nie. satu perasaan yg sgt tak sihat untuk hati aku nie.
bila jadi nakal , kau akan terus dibandingkan. and kurang disukai.
orang akan ingat masa lalu kau. zaman nakal kau. zaman jahillilah kau.
lagi best bile makcik makcik kau larang anak dorg rpt dgn kau sbb takot anak dorg jd mcm kau.
itu la paling sakit bila kau pernah jadi nakal.
bila org takot akan jadi mcm kau.
teruk mcm kau.
taknak pun dekat dgn kau.

Jgn takot :)
Allah nampak kite berubah.
dah tinggalkan zaman nakal tu.
manusia kan mata kasar. taknampak apa yg tersirat :)
insyaallah one day. dia akan nampak.
mmg sakit .
rasa tersisih.
rasa down.
teruk.
suck
fuck
feelin ini.
face it.
life tk senang
Allah pun tak menjanjikan hidup ini mudah. tapi Dia janji Dia akn selalu ada untuk kite , tak kire masa. sekali lagi aku pandai sembang taff tapi tgh lembik. boi!

Thursday 17 October 2013

Semester 5 2013

Aku rasa mcm aku baru je masuk Unikl semalam.
start sem 1 on July 2011.
rasa mcm semalam je aku jumpe semua classmates aku. betapa ramainya dorang. 60 orang!
it's takes me a 6 months untuk ingat semua nama classmates aku.
bermule laaaa perkenalan nama , tempat tinggal , umur and bertukar fb . 
bermule laaa wayang sesama , hang out sesamaa , gilaa sesamaa , buke pose sesamaa.

Now aku dah sem 5. 
dijangka habis study June 2014.
That's mean next year la. 
aku baru habis praktikal dua bulan . 
sem depan aku kena hadap praktikal tiga bulan .
ada praktikal examination lagi.
perasaan aku?
aku dah mule pikir future . apa aku nak buat?
lepas grad aku nak kemana? tanam anggur? ternak lemak? kerja? futher?
maybe aku pikir jauh sgt tp itu la aku. selalu pikir jauh and aim target aku.
now aku dh sem 5 , aku dh terlampau dahagakan DL. aku taknak byr hutang MARA banyak sgt.

Bahana kuat main since sem 1 , from art stream gatai amek physio , 
pointer tkpernah DL!
tp 3 itu pernah . aku nak lebih lagi .
aku tkpuas hati.
aku ada lagi satu sem jeeeee nak try .

Paksu ada cakap kat aku 'degree kat aussie laa ateen nanti raya leh skype'
aku hanya ketawa. untuk menutup gentar. menutup gundah.
aku nak ke aussie . sapa tknak futher study and ditaja? sapa taknak?
aku pikir , LAYAK KE AKU? BOLE KE AKU KE SANA?
and aku sendiri tkdpt decide lepas dip aku nak buat ape.
how ?
nak kerja setahun dua or rehat.
berapa lama aku nak rehat?
Memikirkan masa depan saja leh cramp nerves dkt otak. HAHA.


AIM aku sekarang ..
naikkan pointer sem nie memandangkan final on JANUARY. bole kot.
ya ALLAH nak kurangkan laaa ape yg terlebih .
nak kurang kan berat badan? :D

aku harap mulut paksu masin and aku boleh futher study kesana :') 
angan angan tinggi sangat aku nie! 

Wednesday 16 October 2013

Sadis.

aku taktahu la kenapa malam nie rasa nak nangis je hati nie .
ape yg awak nak laaa duhai hati?
tak penat ke rasa sakit ?
mata nie pun , tk penat ke menangis? 
byk sgt aku pikir and semuanya bermule dgn KENAPA.
saitan , kau jangan nak cucuk jarum dkt aku supaya aku marah -.-'
debik nak?

jurang dh besar sangat nie .
nak sembang pun dh awkward.
kenapa?
kenapa msih ungkit?
kenapa?
kenapa aten tkleh dpt mcm dorg?
kenapa mesti cmnie?
kenapa?

kau takleh nak ckp kau je betul 
selagi kau manusia , 
tak kisah la ape darjat kau sekalipun , kau takkan pernah sempurna.
kau bebas nak buat salah . apatah lagi kau susah nak jadi sempurna.

aku kasar , 
aku degil ,
aku ego , 
tapi aku ada hati
aku pernah menangis sorg sorg dlm bilik.
berlakon happy.
AKU PERNAH !

apa la hak kau nak letakkan hukum dkt atas bahu aku tanpa kau face life aku?
cube jadi aku .
cuba jalan setapak dua.
aku yakin kau akan jatuh pada langkah yg pertama.
kalau kau fhm hati aku , kau akan tahu kenapa aku begini.
Malam sayang..

Monday 14 October 2013

kebetulan itu sakit.

kebetulan.
tak sangka.
tak plan.
terkejut.
tarchycardia.
kaku.
stand still.

kenapa kena TERjumpe?
kenapa kene sembang?
kenapa mlm nie?
benda yg aku takot dah jadi pun.

kenapa kite kena jumpe you?
kenapa kena tegur i?
kenapa i kaku?
astaga ateen . 
kenapa hati kau lembik dah nie.
dlu bole je kau bajet kewl , bajet kuat kenapa dgn dia kau tkleh?
ateen move on please..

'kuat la sayang , please kuat untuk aku ,
aku perlukan kau untuk kuat ,
please jgn goyah and lembik kerana benda tadi , 
tolong pump drh je , jgn sakit lg sayang' kata aku kepada hati aku..

Terindah .

Hai korang !
Selamat hari raya Qurban korang. semuga setiap pengorbanan korang ada balasan baik drp Allah :)
hm aku ada story nieh. 
baca la ye? 
HAHA!

Sesudah aku habis praktikal di SP.
aku shoot keyel ! :D
planning untuk berjumpe kakty and kakya akan dilaksanakan jugak tau!
aku g keyel hari jumaat. train pukul 11 sampai kL sentral pukul 1.20 tengahari.
Perasaan aku? 
sepanjang dlm train , aku tidor.. *ngantuk sangat apakan daya =.='
once dh smpai rawang , mata aku terus bulat. ye ah eksaited nak jumpe kakty!!
dh smpai kl sentral hikhik! aku happy nak mati la. eh entah. maybe sbb tak sbr nak jumpe la.
dah sampai , whatsap kakty , beli mcflurry , naik atas , cari port duduk , ok tunggu...
10 minit kemudiann ,
tunggu lagi , bukak stengrem , whatsap sedas dua , eh wechat jgn dilupa HAHA.
call masuk , KAKTY ! tanya kat mana semua.
tup dpn mata -.-'
peluk kuat habaq hang! HAHA!
rindu :')

makan banyak aku dkt sane tau. selera banyak skrg . aku pun tatau kenapa .
sembang mmg berkilo kilo.
tidor kul 3 pagi .
bangun bila matahari naik -.-'
g times square , shupping sat .
balik ..
then kakya mai lak hahha.
dua kakakk gengster aku :')

aku tatau la kenapa dgn dorg manja aku keluar terus.
sayang jee adik aku takda , aina.
akak-2 aku nie manjakan aku sangat.
kakty , kakya .
manjakan aku sgt now aku rindu dorg -.-' including ena !

aku mmg manja tp cover sbb aku tau tahap manja aku melampau.
so bila dgn kesayangan mmg manja habis.
aku peluk kakty time tidor. 
pegang tangan kakya and kakty time jenjalan.
tak ke sweet tu? HAHA.

dorang nie kan kakak , so mmg aku la selalu kena buli! sbb ena takda -.-'
ye la kakak kan? -.-'
dorg nie pendengar yg sgt setia, grg sikit la, hhahaa
tp caring nak mati.
itu la kakak-2 saya ye. 
sayang aku dkt dorg thp infinity .
jaga diri baik baik kesayangan.


Saturday 12 October 2013

kesudahan

woot woot
praktikal dah habis!
hakhak!
happy ?
sikit laa jugak sbb bebas drp tekanan .
sedih?
pun ada sikit sbb kena hadap mayban trust balik =.='
malas oh!
malas gile!
aku hyper di sp . 
and dorg semua igt aku hati kering 
'awak ada ke perasaan sedih ateen'
kata beliau kepada aku.
HAHA
mcm mcm aku face.
benda yg kasi semangat, benda yg robekkan jiwa , benda yg kasi airmata jatuh
semua ADA.
selagi aku student , pakai uniform , g kelas , ada ID. selagi tu la aku tak betul.
sakit camana pun hati nie. takpe. BELAJAR.
ok no more praktikal.
HELLO KELAS =.='

Monday 7 October 2013

bersambung.

bersambung.
sambung untuk ke stage seterusnya.
even kite payah nak bergerak pun kite kena jugak bergerak untuk kedepan.

mcm baca novel jugak .
kite ttp akan baca and nak tahu ending cerita tu even tgh baca part yg paling tragik =.='
sama la dgn hidup.
sakit macam mana pun kite kena move on jugak.
masa takkan tunggu kite.
masa takkan cakap 'aku tunggu smpai kau ok baru aku gerak'
masa jugak takkan pusing balik .

betul masa tu mmg lambat bile kita menunggu something.
betul masa tu jalan dgn cepat bile kite buat benda kite suke.
masa mmg bantu kite dlm banyak benda.
even sakit hati pun masa gak yg tlg healkan benda tu.

lapan bulan kite tak bertegur.
kite tak berpeluk.
kite tak gelak sesama.
wyg sesama
karok sesama.
lapan bulan. 
aku kira.
lupakan la kwn mcm aku :)
aku takkan lupa korang sbb korg the best damn things happen dlm life aku :)
sayang . 
tapi dari jauh.


Monday 23 September 2013

POSTING TIME!

assalamualaikum sayang sayang.
ecehhh perasan mcm ada yg baca belog nie je aku nie -.-'
cuba baca tajuk. haaa 
wait jangan buat muke mintak siku sbb dgr laaaaa bebelan aku dulu >.<
dengar tau?
HAHAA.

Posting time!
aku nak cerita pengalaman praktikal aku. boleh tak agak agak?
kalau korg ckp tak boleh , cuba pk balik nie belog sape empunya?
dapat dah jawapan dia? :D
aku tak pernah kisah pasal praktikal ni sampailah takdir aku bawak aku ke UNIKL RCMP.
bermuleeeeeeee zaman kestressan , kenaikkan badan , and ke posting-an .

SEM 3
->Inilahh the ferst timeee ever aku praktikal. aku dapat ke hospital Seberang Jaya.
memang rasa best ye laaaa kau tatau ape ape. Then boleh berjalan jalan lak sebulan fuh kau sure laa rasa heaven nak mati lagi-2 bg org yg asyik dduk serumah dgn parents HAHA. Tapi tak best mana pun , ada jugak time stress dia. Gile laa kalau aku cakap takda. Tapi aku hadap je. Ye laa, hadapp jee selagi boleh ye dak? 
-> Time kat Sj aku rapat dgn Mr Lee.Dia suke g ICU and ward lain. Nama dah trang2 cina but kalau dgr dia ckp hmmm korg sure pk dia melayu. Aku hyper sgt time nie, di sbbkan benda itu laa ada benda robekkan jiwa :) tayah laa tau k?


SEM 4
.Sem 4 pule? ehem ehem aku posting di Salam Hospital , Shah Alam . Hospital swasta and for the of course laaaaa patient SIKIT . HAHAH. Fuh uji iman minda and nafsu kot. ye laaa aku dah biasa serabut dgn ramai pt tetiba pt ciput . mati kutu mati akal mati jiwa raga kot. Plg ramai 8 org. Tipu laa kalau ckp aku tk bosan and tk ngantuk. HAHA tapi physio di sana best. rajin ngajar .
. Disinilah tempat aku tahu aku ada TORTICOLLIS. it's like what the hell? =.= teleng??? why ME??? HAHA until now aku sakit di bhg kanan, padah ooo padahh.


SEM 5
= Okay time aku sem 5 aku posting dekat dua tempat . total posting dua bulan laa. satu tempat sebulan. and tempat aku dapat semuaaaa 'DEKAT'. Sem nie puleeee ada tempat ke Kelantan. Aku takkan lupee laa muke aku cemana time tau aku ke kelantan, I was too confident until aku sendiri tak sangka aku dapat tempat DOUBLE K! 
=KELANTAN yee? hmm bg budak sosial lagi jahat tapi comel mcm aku , of course laa culture shock kejap. sbb klantan takda ape ape . sangat takda ape ape. and memang aku pk nak balik jee HAHA tapi tapi bile aku dah biasa, physio pun layan mcm family , timbul puleeeeee love bits. Believe it , aku panggil owner centre tu Ayahanda. HAHA.
= Second K it is KEDAH! yeah! HOSP SULTAN ABDUL HALIM , sg petani . haaaaa dapat pantai timur and utaghaa baq hang HAHA. Yg nie hosp kerajaan so pt mmg 'sikit' 
and system dkt sinii canggih angat, terkial gak aku. ehem aku baru dapat duty dkt Gym and ICU . satu kes pun aku takdapat lagiii *jerit smpai keluar anak tekak!!!
=Aku serumah dgn physio sini so so ingat senang? aku pergi icu dgn dia :( jadi jadi level pressure dia hmmm tinggi. Tipu kalau ckp aku tak malu. Malu sgt weh. tapi tebalkan muke kentalkan hati. sbb aku respect dia . dia keluaran KKM. dia tahu banyak. aku nie kelas pun tak masuk lagi HAHA. so student always wrong beby. just jawab je. if kena gelak okay that's fine. if kena marah it's also fine :) learn from the mistakes sayang. 



*kalau malu nak kena marah , then buat ape kau jadi student? buat ape kau tuntut ilmu? tak salah laa kasi jawapan yg acah acah betul . kau yg nak belajar. kau yg nak memahamkan diri kau. so semua atas kau. even kalau kau kerja pun, kau masih boleh dimarah apatah lagi kau jadi student. biar bodoh asalkan jangan malas sbb kalau kau malas kau akan jadi BODOH SOMBONG. 
*org akan nampak usaha kite , org akan nampak itupun kalau kau tunjukkan and once again aku pandai berkata kata kan? well aku pandai cakap je but if nak sembang dkt diri sendiri aku belur. HAHA.
*so korg dah besar kan? dah boleh pk semua sendiri kan? kan? so it's time to be a big gurl now sayang.. 

Friday 20 September 2013

YOU.

you .
kau .
awak . 
dalam banyak banyak perangai , perangai yg paling ssh nak ramalkan ialah
perangai diri kita sendiri.
sbb ssh untuk kite listkan keburukan diri kite sendiri
ye la like what?
salah aku?
of course laaa aku takkan nampak HAHA.
sbb tu ada tegur menegur

susah nak kenal diri sendiri apatah lagi nak kenal dia.
once dh dpt sng lak nak hilang kan dia.
kirenye mcm kau ada byk mslh , disbbkan benda itu , 
kau hilang diri kau and tanpa kau sedar kau dh tolak semua org yg syg kan kau.
and it's soooo nottttt you!

kite nie , nak listkan salah org
cepat.
nak judge org .
cepat.
cuba ambil cermin . tgk muke kite dalam-2
kau rasa kau kenal diri kau?
kau boleh judge diri kau?
kau boleh tak bagitau semua perangai buruk kau?
SUSAH.
sbb kau cuba menidakkan benda yg nyata.
itu kite.
manusia.
suka bagi harapan palsu dkt hati sendiri.

aku taksuke hilang kawan.
sbb org akan judge aku jahat.
aah aku jahat.
sgt jahat.
org cari aku bila perlu.
itu org kenal aku.

siapa sangka kan?
aku hilang kawanbaik aku , 
gara gara dia sendiri tipu aku.
and aku kecewa dgn dia.
tp aku tk mrh sbb aku tahu itu bukan diri dia yg sebenar
dia keliru skrg
dia masih mencari diri dia
so ayat dia semua guna hati bukan otak.
aku masih sayang dia and akan sayang dia selalu.
kawanbaik weh. 
cukup la penah hilang dua org dulu.
aku percaya yg ni 
dia akan cari aku balik bila dia dh jadi diri dia.
aku percaya hati aku..

Just a Dream..

I was thinking about you , thinking about us .
Open my eyes .
It's only just a dream.

It's not fair.
Love brings more trouble and 
I gasp for air.

Jum bermimpi nak?
mimpi=dream.
Ada org dpt mimpi yg best .
And ada gak yg dapat nightmare .
Org ckp mimpi mainan tidor so jangan percaya sangat
But sometimes pernah jugak , apa kite mimpi itu la yg jadi kat alam nyata.
And legend says , if you still awake that's mean you are in somebody's dream.
hm boleh percaya ke yg tu?

Mimpi ye?
mainan yg Allah ciptakan untuk kite time kite tidor.
mimpi boleh jd petunjuk jugak,
hint untuk hidup kite . 
hidup kite sentiasa memerlukan kompas so kite tau la kite tak sesat jauh.

aku benci sebenarnya mimpi nie.
sebab aku selalu mimpikan orang.
agak agak org tu tidor malam lena tak ? HAHA
aku selalu mimpikan org yg tk love love aku .
jgn laaa tanya kenapa
mimpi kot.
mana leh kawal :D
sungguh aku tak suka. 
tapi payah nak switch , 
kirenye ssh laaa nak decide 'aku nak mimpi apa ye malam nie'
it's comes naturally honey. you can't control it.
demm demm demm yuuuuu.

aku benci , sbb kenapa mesti aku rindu dorg?
yes aku rindu tapi cukup laaa nak sedihkan aku.
mimpi ni pun.
keluar yg sweet mcm kasi harapan setinggi gunung everest
hakikatnya gunung lang pun tklepas.
bila dah mimpi mulee laaa teringat HAHA.


korang takleh nak pilih mimpi
takleh stopkan mimpi
takleh kawal mimpi.
korang cuma boleh TERIMA mimpi tu.
itu jee even pelakon dlm mimpi tu adalah org yg pernah korg syg.
chill hati kental kan?
if tak kental pun kan , please buat buat kental 
hati kite , kite yg rasa. 
JANGAN TUNJUKKAN KELEMAHAN HATI NIE. DIA ADA PERASAAN MALU JUGAK.


Monday 16 September 2013

acah- acah

acah acah 
means tipu tipu 

acah acah kental
acah acah kuat
acah acah ego 
acah acah dewasa.
ayat sekarang..

orang buat kite
jangan kite buat orang
'eh mana boleh ! dia kena rasa ape yg aku rasa gak!'
'ish mana aci! dia buat aku walaweh gile babi punye teruk and dia tak kena ape ape?"

manusia mmg suka buat silap. Dari situ lah dorang belajar untuk menjadi manusia
maybe dgn buat salah dkt kau , buatkan dia jadi manusia yg lebih baik ?
Ramai org suke Karma sedangkan dorg taktau karma tak pernah wujud dlm Quran.
Allah maha adil. kenapa nak takot? 
orang kasi tahi kite kasi bunga.
if org tu betul2 nak start all over again dgn kite , bagi la peluang. Jangan ditanam ego and benci dlm hati.

Otak and hati nie matang seiring dgn umur.
waktu kau berbudak dlu. layan toraa , makan nyum nyum ,
berhingus lagi! ada kau pk pasal hati org?
yg kau tau if kau takdapat menan kau , sure kau nangis.
if kau happy , mmg takde ape dh dlm kepala kau. Gelakk jee.

Sama mcm otak..
dulu kecik2 ada kau pk masalah duniya?
takda.
yang kau tahu , g sekolah , g kantin , g kelas ngaji and tidor.
and skrg ..
sure kau byk berpikir 
'kenapa benda nie jadi kat aku?' 
'kenapa Allah uji aku if Dia sayang aku?'
kau dah mule berpikir ujian duniya.
kau dh mule pk salah kau.
berkorban untuk org yg kau sayang.
itu laaa kematangan otak.

Susah sebenarnya nak kuatkan otak.
Lagi lagi hati.
Dia mcm badan yg kecik cuba angkat dumbell seberat 50kg.
HAHAA over metafora aku =.='
tapi betul.
Nk positifkan otak.
Nk kentalkan hati.
Sangat susah tapi tak mustahil!

Org sekarang lagi suka bercakap drp buat.
Suka memberi . 
termasuk laa memberitahu masalah.

Jangan cepat letakkan hukum dkt orglain.
Satu jari tunjuk dorang , 4 jari lagi tunjuk kite.
Nak retakkan cermin orang , pastikan cermin kite clean and clear.
Bukan nye kite tkleh nasihat orang, boleh.
cuma pastikan kau ada ayat yg cukup kuat untuk defend diri kau and jgn buat benda yg kau halang dia buat.
kang diberi gelaran CKP TK SERUPA BIKIN.

ingat, 
setiap orang ada perang mereka masing-2
jangan kacau perang dorang.
menangkan perang kite dulu,
baru boleh relaks.

Thursday 5 September 2013

Want.

Semua orang ada masa silam dia memasing kan?
And i believe that takde sorang pun suka masa silam dia dibukak balik. oh sakit oh.
and dorang jugak taksuke dijudge based on their's past.
setiap orang ada perang dorang memasing.
so baik kite focus dgn perang hidup kite drp sibuk komenn senjata perang org lain :)

Malam nie aku sayu hati sikit.
kenapa aku selalu takdapat lelaki yg aku nak?
kenapa bile aku dah syg someone sure ada something cames up.
WHY?
a big question .
tapi aku juga pikir positive. maybe ada Hikmah Dia :)

aku teringin and nak sangat ada lelaki yg otak sama mental dgn aku.
tahu bile aku bsg bile aku diam. ye la aku bukannya sepanjang masa bising.
tahu tahap kemanjaan aku. ok tahap veto baq hang.
tahu marah aku. jealous aku. ego aku. degil aku.
sabar aku. appereciate aku.
yg penting sekali an sayang aku no matter what happen la. 
tapi cm susah je?
aku nak sgt ada lelaki yg aku leh bawak gile. bawak serious.
sembang keling.
sembang politik.
komen gemok kurus.
shupping sesama.

Aku taklarat nak lepaskan lelaki yg aku sayang dah.
Now aku take a break and have a kitkat :D
aku tkjumpe lagi lelaki yg boleh buat aku nervous and boleh ngs sbb rindukan dia.
belum lagi.
insyaallah .
waiting is not my passion
but i know it's gonna be worth it.
insyaallah amin.

mesti korang buat muke gedik and cakap ' eeeee gatalnye aten nak berbeyf'
hello , itu ciri bakal laki aku.
aku tak kata nak bf kan?
aku just regard as 'lelaki'
lelaki yg boleh jd suami , beyef , kawanbaik , kawan gaduh .
aku tahu korang pun harap benda yg sama.
aku dh penat .
taknak dah in short relationship.
and sure kornag cakap dlm hati 'alaa aten habiskan study dlu laa jgn nak gatai'
ini cuma luahan aku.
aku mmg teringin untuk kenal lelaki seperti di atas.
kalau jumpe.
harap jumpe.
selamat malam kaum ciptaan Allah :)


Tuesday 3 September 2013

datang balik.

okay selamat 3 sept kalian! 
okay izinkan la aku bebel kejap please?
korang,
kegilaan lama datang balik.
apakah?
bagaimanakah?
K POP! 
aku sudah bertahun taksuke kpop.
last suke it is SUJU !
tahun bile ntah.
aku hafal lagu sorry sorry sorry je and step tarian ingat lagi :O

k now aku tak addicted dkt lagu.
NO!
aku addicted dkt drama T-T *so sad
ini semua gara gara yana!
dia ajar aku tgk o&g. 
o&g it is Obstetrics & Gynecology.
kata pendeknya cerita pasal sakit puan la. beranak and paeds pun ada
how aku suke cerita nie?
mcm aku gilekan grey's anatomy.
dia ada medical punye time. loving punye time.
siap ada triangle love lagi tau.


k k biar aku ceritakan sinopsis dia HAHAA
cerita dia between dua org lelaki and sorg perempuan.
perempuan tu nama Hye Young , dia chief untuk o&g and gile terer buat C section!
first lelaki nama Lee Shang Shik . dia nie doc paeds and so tinggi and handsome. pandai masak. cakap lembut.
and lelaki second lak nama nye Jae Suk.
ok itu semua nama dlm cerita nie la. takde masa la nak hafal nama betul dorg -.-'

Ok story begins...
Hye Young tu pregnant anak ex dia , and time tu pulak dia baru ditukarkan kat Korea hospital.
dorg bertiga kerja di bwh satu bumbung yg SAMA.
and dtg laaa doc paeds tu. sbb hospital tu mmg perlukan pakar paeds.
Hye Young dgn Jae Suk dh kawan drp tadika. over 30yrs dah.
and Hye Young kenal dgn Shang Shik baru dua bulan.
entah la Shang Shik tu penyabar la bagi aku sbb dia try gak amik hati Hye Young.
Hye Young nie lak kasar ego degil acah acah macho HAAHA but she's got an beautiful eyes. seriously.
Shang Shik dh start suke Hye Young from the first day dorg jumpe but dia diamkan je.
and baru la Jae Suk tersuke Hye Young but Hye Young reject Jae Suk sbb bagi minah tu dia dh anggap Jae Suk cm abg sendiri. so takde love feeling even dh 30 yrs.
beza lak dgn Shang Shik baru dua bulan jumpe. Dorg dua dh rasa love bits tu dah. lagi2 bile Shang Shik hilangkan diri kejap g US terus Hye Young mcm sentap sbb dia g camtu je. alaa dah sayang kan -.-'
Shang Shik tau everything about Hye Young. Everything! and dia purpose Hye Young sbb nak g US sesama as husband and wife but Hye Young tknak g sane. but dia nak in relationship dgn Shang Shik.
sbb bagi dia relationship long distance nie takde la susah mana. if sebelah pihak penat dia boleh give up.
and yg paling aku suke dlm cerita nie , Shang Shik kena g US about 5 yrs. so if nak jumpe dorg kena sacrifice laa dtg untuk jumpe each other. and Hye Young siap cakap if lepas Shang Shik balik duduk korea and perasaan dia still sama sayang gile dgn Hye Young baru la dia terima cincin Shang Shik tuh sebab dia taknak relationship based on PROMISE and CINCIN,
they like and love each other. that's matter.
and ending dia mcm tahi! 
nak je aku jumpe director dia suruh buat sambungan -.-'
aku nak gak tahu cane relationship dorang. ish.
*nak tahu tu je,


MORAL.
aku banyak belajar kot dlm cerita nie.
how nak control emotion kau ,
how nak cope dgn masalah aku,
and learn to be frank to tell what fo u feel to someone you love ecehhh
and aku mmg feeling gile bahabi tgk cerita ni.
tidor kul 4 pagi.
semata k.
neway malam nie tgk lagi!
                                                               
                                                              shang shik and hye young
                                         

Clip Art